✿ That was the night they promised to be together through everything, each to care for the other when old and gray. A lovers' pact the most likely to last ✿

Tuesday, July 31, 2012

AWAS WANITA..


INFO
Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan

Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:
# Kintop
# Body Beaus
# BMI-9 Xylimming Capsule
# Senna Plus Capsule

Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:
# Lami

Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:
# Obexlim
# Slimax Coffee
# Beaute Fit Body Contour
# Body Trimz

Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:
# 357 Nasal Spray

Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:
# Makjun Taufiq Dua Istimewa
# Majun Dua Istimewa
# Ginseng Jin Fui Wan
# Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga
# Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
# Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule
# Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill
# Makjun Syafiq 3 Istimewa
# Reepo

Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:
# Air Ikan Haruan

Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:
# Eriesya Spa Beauty Cream
# Atika Beauty Renewal Cream
# Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
# Ratna Sari Whitening Night Cream
# Tia Amelia Krim Jeragat
# Chantique Whitening Night Cream
# RZAC White Pearl Cream
# Nuriz Day and Night Cream
# Elite Rias Er Cream
# R&Z Whitening Night Cream
# Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
# Pigmentation Recovery Complex
# Zara Rejuvenation Cream
# Natasya Krim Herba Gold
# De Putih Night Cream

Produk tradisional berdaftar ada antihistamine
# Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill

Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine
# Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan
# Qian Tong Dan
# Raja Ubat Resdung
# Coral Plus UA 350MG


“Produk ini terkenal dan mendapat permintaan tinggi di pasaran, walaupun harganya mahal dengan pengeluar mencatat keuntungan jutaan ringgit setiap bulan.

....................................................

#pernah pakai krim malam tia amelia.#
#kulit gatal2...terjadi bintik2 itam yg teruk#
#sekarang baru tau produk tu bahaya#



✿ Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang ✿

✿ Pengalaman Pertama ✿


a.l.o.n.e

Done!masak ala kadar sahaja.
Harini tak dapat di jangkakan,ku berbuka puasa sendirian buat kali PERTAMANYA!
tak pernah membayangkan hal sebegini berlaku...huhu..
tak apelah..pengalaman kan..
Husband ada event berbuka puasa bersama staf-staf ofis.
Beliau cakap kalau tak pergi nanti,tak kena pulak.
Nak tak nak terpaksa tinggalkan ku sekejap untuk berbuka puasa di luar.
Tak mengapa sayang.

Petang nie ambil masa lebih kurang 30minit untuk sediakan;
1. Kari ayam (percubaan kali pertama)
2. telur dadar
3. Sayur campur goreng
4. Air tebu ( beli ajelah)..huhu
5. Kuih nekbak ( orang terengganu tau lah kuih tu cmner)
kalu nak tau rupa cmner,tanya pakcik google eh.=)

Dah lama nak masak kari ayam ni..
Masa tinggal dengan family dulu,diorang tak berapa suka sangat kari-kari ni.
Mak biasanya masak gulai ayam..pergh!sedap.
tak tau kenapa teringin nak makan kari ayam.( xder isi lagik)..huhu
Jadi alhamdulillah menjadi jugak.Walaupun tak sehebat kari mamak.=p
tak leh post gambar lauk-pauk kerana Ustaz Azhar pesan;

haa..,nampak???makruh tau!!!
So,tunggu jela waktu berbuka sorang-sorang sambil tu pasang lagu raya.haha
Rasa best plak blogging nie dan taip entry.

-----------------------------------------------------
# tunggu sayang balik#
# bile dah sampai kat muka pintu,buat muka ngajuk#
hehe#
*always miss u*




✿ Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang ✿

Monday, July 30, 2012

2x Entry dalam 1 malam


ye..ye..tau dah updated entry sejam yang lalu.
tapi kali ini nak jugak taip..sebab tangan ni cakap nak exercise.hehe
malam-malam kalu menaip ni macam ada felllliinggg gitu.
walaupun dah genyeh punye tenyeh mata yang dah merintih minta ia di pejam,tetapi tuan dia cakap,sikittt je lagi..kejap yer..kejap sayang..wahai mata ku yg indah.

sambil baca entry ni,sambil dengar alunan zikir..
kadang-kala hidup ini,kita tak dapat jangkakan..dan mengapa ia berlaku..
kita selalu impikan hidup kita seperti permaisuri..semua nak perfect.
tetapi akhirnya,tidak seperti yang kita impikan..
kerana apa??
kerana dah tertulis untuk kita.
kita berhak untuk berasa sedih tetapi jangan melampau-lampau sampaikan sanggup cakap,"knapa Allah buat mcm nie kat aku!!"..
Allah itu Maha Kuasa...
Semua yg berlaku pasti dan AMAT PASTI ada hikmahnya.

sedih malam ni..
semalam baru jer balik kG..
tapi tak puass...!
suami sanggup bagi kebenaran untuk dinie tinggal selama mana yang dinie nak stay kt Kg tu..
tapi..,tak boleh...
kita kena sedar..,bila dah kahwen tanggungjawab kita untuk suami..
mak pesan,"jaga suami elok-elok..,dulu masa single syurga di bawah tapak kaki ibubapa,sekarang insan bergelar SUAMI"..
yer mak....dinie ingat tu..
rindu ruma..bilik..keluarga..terutama mak..dan adek ku fatin..
mak yg selalu sporting...

adekku fatin yang rapat dan manja dgn ku ='(
~sebelum balik ke Kl,aku peluk kuat-kuat fatin siap bisik kat telinga dia,"jaga mak ayah yer"..dia cakap,"ya k.enieyy"..='(
ohh sebak..!

mata dah kabur....penin..
masa untuk mata di pejam..
esok 4.30pagi bagun sahur..
tak tahu masak apa lagi.kot-kot mase tidor mimpi lauk sahur.hakhak

..........................

best tengok suami tidor lena..
bila tenung lama-lama makin sayang ^^ hikhik.
i love u.



✿ Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang ✿

✿ Ramadhan ✿




 Alhamdulillah..,rasanya sempat lagi tuan tanah nak wish 'SALAM RAMADHAN' buat semua umat islam di dunia especially buat umat islam di Malaysia...(sambil kenyit2 mata buat-buat cute =p)
Tahun ni adalah permulaan puasa yang lain daripada biasa..Antara list lain daripada biasa adalah;
*status
* situasi
*peratus kegembiraan menyambut Ramadhan

1. STATUS
~ Ramadhan kali ini SAH bergelar seorang isteri.Kalau dah jadi isteri tu,kompem lah kita kena masak dan buat kerja rumah.Berbeza masa single.Kadang-kadang tahap malas,semua kerja rumah mak buat.Kali ni,tak leh ponteng dah..=p 
kalu malas,rumah bersepah cam sarang tikus..kalu rajin ala-ala bibik gitu semua tangga kat pejabat kastam di mop..hakhak ~

2. SITUASI
~ Kali ni berbuka 2 orang ajer..kalau dulu peha ayam di sambar dulu oleh adek siap cakap lagi,"cop!! alif,lam-lam,ha..Allah..xhalal kalu sape2 ambik paha ni taw"..(aku peduli hape dgn 'cop-cop' hengkau tu)..rindu saat itu.
Sekarang tak der sapa yg nak main 'cop-cop' depan rezeki.tapi bagus jugak,selalu je dapat peha.huhu.
Suami die syok sendiri cop dada ayam.
banyak isi xbest!kadang-kadang buat jugak cop-cop nak bahagian itu ini.
saje nak meriahkan keadaan..hakhak

3. PERATUS KEGEMBIRAAN RAMADHAN 
~kali ni..,agak sedih lah sambut puasa..hanya berdua..tapi bila dah balik kG,hamboii semah bukan main hepi semacam request kat mak macam-macam lauk..
barulah sekarang merasai nikmat 'balik kampung'..!
dulu selalu jer dengar orang cakap,"yeaaa balik kg..kau aderr??"
eh..,eh..berlagak..hakhak.
bila dah kembali balik kt KL,hanya Allah yg tahu..
beratnya kaki ku melangkah...=D

..............................................................................

;;SAYANG DIA;;
;;RINDU DIA;;
~selamanya~ =)



✿ Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang ✿

✿ Doa Seorang Isteri ✿





Ya Allah..

Kau ampunilah dosaku yang telah ku lakukan,

Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas,
Kau berikanlah aku kekuatan mental,
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan,
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista,
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran-Mu,
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan..



Ya Allah..
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di arash,

Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya,

Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titian-Mu,
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya,
Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di jannah-Mu,
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya,
Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di dunia-Mu,
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya,
Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu,
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya..



Tetapi Ya Allah..
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang,

Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan-Mu,

Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan dunia-Mu,
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya,
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan,
Kurniakanlah aku kekuatan-Mu untuk aku memperbetulkan keadaannya,
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan,
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena..



Ya Allah..

Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku,

Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku,
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai,
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri,
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat-Mu,
Sekiranya aku ingkar dan derhaka,
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat-Mu..



Ya Allah..

Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu,

Aku buta tanpa bimbingan Mu,
Aku cacat tanpa hidayah Mu,
Aku hina tanpa Rahmat Mu..



Ya Allah..

Kuatkan hati dan semangatku,

Tabahkan aku menghadapi segala cubaan-Mu,
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami,
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu,
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah..



Hanya pada Mu, Ya Allah..

Ku pohon segala harapan,

Kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu,
Kerana aku sedar hinanya aku,
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru,
Kerana aku leka dengan keindahan dunia-Mu,
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran-Mu,
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian-Mu..



Ya Allah Tuhanku..

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,

Isteri yang dikasihi,
Isteri yang solehah,
Isteri yang sentiasa dihati suamiku..



Amin, Ya Rabbi Allamin.. :)


✿ Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang ✿

SEGALA ENTRY DI ATAS DI PUNYE,KALU NAK AMBIK JE =)