✿ That was the night they promised to be together through everything, each to care for the other when old and gray. A lovers' pact the most likely to last ✿

KUIH LAPIS LAZAT DAN MUDAH




Percubaan pertama buat kuih ni.Petang tadi bosan sangat tak tahu buat apa,bukak laptop cari resepi kuih.Nak buat kuih pon kena pikir gak bahan-bahan apa yang ada kat dapur.Jangan main hentam jer kan?huhu.Kebetulan stok telur dan mentega pon abis.Jadi kena cari resepi yang tak perlukan telur dan mentaga..
Jeng...jeng..jeng...tak lain tak bukan Kuih Lapis...!
Salin resepi cepat-cepat terus masuk dapur buat..
Akhirnya alhamdulillah menjadi.....yea..

*Resepi dari myresepi.com.my (tulip77) tak silap dinie.


Bahan-bahan :

 - 1 cawan tepung gandum (semua jenama boleh)
- 1/2 cawan tepung beras (semua jenama boleh)
- 1 cawan gula (kurangkan manis jika perlu)
- 4 cawan santan (kalau santan kotak guna 2 cawan santan + 2cawan air)
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil minyak
- sedikit pewarna (apa jua warna)

Cara-cara :

1. Campurkan semua bahan di atas kecuali pewarna dan blendkan supaya semua sebati.
2. Tapiskan adunan tersebut.
3. Bahagikan adunan kepada 2 adunan.Letak pewarna berbeza pada setiap bekas.
4. Untuk memudahkan kuih ini dikeluarkan bila masak,letakkan plastik di dalam loyang.
5. Letak adunan dalam loyang dan kukus selama 10minit.
6. Dan seterusnya letak adunan lain.Kukus selama 3-5minit.Buat sampai adunan habis.
7. Lapisan terakhir kukus selama 20minit untuk semua adunan masak.
8. Tunggu kuih sejuk dulu baru potong.Jika tidak bila potong kuih jadi tak cantik.

Tips : Guna pisau plastik bila potong supaya tekstur kuih tu cantik ataupun guna    benang.Dinie guna benang..=)





Bila dah sejuk cepat-cepat potong dan letak dalam bekas kasi mertua..
Bila hantar je kat mertua..,alamak..kebetullan mak mertua plak dah buat semalam..
tapi takper lah kan? kuih ni versi menantunya pula..hehe.

okeh itu jer resepinya.Mudah sangat... =)
selamat mencuba..!



✿ Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang ✿

No comments:

SEGALA ENTRY DI ATAS DI PUNYE,KALU NAK AMBIK JE =)