✿ That was the night they promised to be together through everything, each to care for the other when old and gray. A lovers' pact the most likely to last ✿

Rich Chocolate Muffin


Resepi ni dapat dari myresepi.com.my
Memang tersangat mudah....!!
sesuai pada sesiapa yang first time nak buat Muffin dan amat sesuai untuk penggemar coklat!
tapi tak boleh makan selalu..,FAT!hehe

Ini dia muffin dinie...first time try resepi ni.Alhamdulillah menjadi..


RESEPI RICH CHOCOLATE MUFFIN:

200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur (i gune 1biji je sebab takde stok)
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

CARA-CARA:

1.Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .

2.Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.

3. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).

4.Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.

5. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.

6. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. 
Bakar selama 20 minit.

P/S :Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.





sekali masuk mulut jer...,sungguh nikmat kejadiannya..


ni sebelum ia dibakor.....
Tersangat sedap!!
CUBALAH...!




✿ Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang ✿

No comments:

SEGALA ENTRY DI ATAS DI PUNYE,KALU NAK AMBIK JE =)