✿ That was the night they promised to be together through everything, each to care for the other when old and gray. A lovers' pact the most likely to last ✿

Friday, April 5, 2013

Status 'isteri' pada Usia Muda??


Aminkan doa ini bagi sesiapa dah berstatus isteri dan ibu... =)



amin.. =')

Menjadi isteri pada usia 21tahun...adakah mencabar,susah sangat atau susah sikit? dengan kata lain yang lebih positif, sweet ker??
Bagi Dinie, perkahwinan ibarat kapal layar, kalau kita pandai kendalikannya tak kira berapa usia kita, Insyaallah Allah akan memudahkan urusan kita dan yakinlah setiap apa yang terjadi ada hikmahnya.
Yang belum berkahwin dan yang bakal melansungkan perkahwinan.., jangan anda fikir perkahwinan itu untuk seronok tanpa fikirkan apa kesannya..
.for example: wahh best nye tengak video diorang kahwen ni...,sweet nak kawen jugak...!!!xsabar..

see??what happend kalau nanti perkahwinan yang kite impikan dalam video itu tak menjad kenyataan?
sorry to say lah ya..,perkahwinan bukan untuk medan cuba-cuba...bila dh tak sweet bagai.., mudah bosan dengan pasangan dan akan menjadi isu terbesar dalam pergaduhan...

so..,for me kalau nk membina mahligai , siapkan diri dengan ilmu rumahtangga dahulu.
Kenal siapa kita dahulu baru kita boleh kenal orang lain...
mudahkan?? =)
itulah tips utama sebenarnya..

ramai yang cakap, bila dah taknak pasangan tu diorang akan cakap ' dah tak serasi '...
dah tak serasi mangkuk hanyun ko...
alasan lapuk..
cakap je yang korang masing-masing tak dapat menerima kekurangan/teguran daripada pasangan..
kan? ~.~'

Tapi ingatlah.., Allah akan membantu hambanya jika ada niat baik untuk mendirikan rumah tangga..
Mungkin bagi yang lelaki nak kahwin memerlukan duit yang banyak untuk majlis.
Betul.tapi dalam perkahwinan hanya Akad yang wajib dan hantaran.
Hantaran dan mas kahwin boleh bawak berbincang dengan pasangan apa yang kita mampu bagi..


mungkin ini antara sakit kepala yang melanda kaum lelaki..hehe...usah risau lah..
jom dinie bagi kurangkan beban anda...!
jom kurangkan belanja yang mane boleh dikurangkan ya ^_* v



a) Sewa Pakej Pelamin & Baju Pengantin

* Pelamin kalau ada kawan-kawan/saudara-mara yang kreatif, mintak pertolongan mereka. Lagi simple lagi menarik.Masih lagi boleh ikut tema warna perkahwinan anda. Baju pengantin apa kata anda beli. Mahal??langsung tak. Kalau anda sewa baju paling murah Rm250 untuk 1 pasang baju pengantin lelaki dan perempuan. Kalau nama dah sewa, anda dah tak boleh pakai lagi lepas perkahwinan tu...Beli baju kahwin adalah pilihan terbaik.Lepas kahwin,boleh pakai untuk aniversary korang.Mengimbau kenangan pernikahan korang.Masa tu anda boleh check kat mana yang dh tak muat..hehehe.Sweet tak?

b) Tempahan Kad Kahwin

* Apa kata anda design sendiri? Masa dinie kahwin, Dinie yang design sendiri kad kahwin dan ayah yang printkan.. =) simple. Orang just nak tengok tarikh dan alamat rumah korang je lepas tu kalau korang bernasib baik, korang akan jumpa kad korang dalam perut cik tong sampah.Sadis kan? =.='
Anggaran bajet tak sampai pon Rm300 engkau!percayalah.

c) Upah Jurugambar

* Ni dinie cakap sesiapa nak jimatkan. Kalau korang banyak duit, jangan baca tips ni.(sambil sengetkan bibir)
Mintak pertolongan kawan/adik beradik/saudara mara yang mempunyai kamera.Tak kesah kamera apapun kalau korang nak lagi demand korang mintak tolong yang ada dslr, lepas tu korang belanje lah diorg makan nasi minyak kenduri kahwen korang tu.hihihik.
Ok dah tolak Rm800..mudah kan?

So..,jom check balance daripada bajet asal tuh...

 Mas kahwin RM100
+
Barang hantaran RM600
+
Wang Hantaran RM7000 
+
Cincin Kahwin RM1000
+
Belanja Kenduri RM4000

Jumlah Kasar = RM12700# (boleh dikurangkan lagi mana yang patut) ok tak??

kalau rasa beban lagi..., bincang dengan pasangan ok???

*Hadis riwayat Ahmad dan al-Hakim, "kebanyakan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah mudah (rendah) perbelanjaan (mahar)".

■ hantaran kahwin seharusnya adalah pemberian ikhlas pihak lelaki dan bukannya paksaan oleh pihak perempuan
■ janganlah mendekati hutang di awal perkahwinan
■ muafakat antara pasangan sebelum perkahwinan membawa keberkatan yang berterusan dalam perkahwinan
■ jangan gunakan alasan duit tiada untuk tidak berkahwin dan mengambil keputusan untuk terus membujang
■ belajar untuk jadi kreatif dalam menangani bajet yang kecil untuk melangsungkan perkahwinan.


iklan penaja : Doa saya semoga anda dan pasangan dapat membina hidup bersama dengan tenang dan tanpa perlu pening memikirkan hutang keliling pinggang. Perkahwinan hanya permulaan kepada lebih banyak keputusan-keputusan penting dalam hidup. =)







✿ Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang ✿

SEGALA ENTRY DI ATAS DI PUNYE,KALU NAK AMBIK JE =)