✿ That was the night they promised to be together through everything, each to care for the other when old and gray. A lovers' pact the most likely to last ✿

Kek Marble Mudah & Sedap



Lepas masak untuk lunch..,mula terpikir-pikir kuih apa nak buat yer untuk suami tercinta minum petang bila balik kerja..
dengan pantasnya 'klik klik klik' kat google cari resepi yang mudah tapi menarik...
tup tup terpampang Kek Marble..yang diperoleh dari rakan myresepi.com.my (haniez)

Apa lagi...,pergi dapur terus menggeledah lah....
memang mudah resepinya..!!!
korang nak,ambik pen dan kertas salin...
yang terlampau rajin print out ajer...sekali dengan gambor-gambor keluar...


ni rupanya baru masak...first time buat kek sejak kahwin nie...
nampak jugaklah ebntuk kek..dan rasanya macam.............Kek Marble...!!
ni resepinya:




Bahan-bahan ;

* 1 cawan mentega / planta
* 2 biji telur
* 1 cawan tepung (self raising) kalau guna #tepung gandum tambah 1sudu kecik baking powder
* 1 cawan gula
* pewarna dan perisa suka hati korang ok!

Caranya mudah jer :

1.putar mentega bersama gula sampai kembang

2.kemudian masukkan telur satu persatu

3.lepas tu bolehlah masukkan tepung

4.bahagikan adunan kepada 3 bekas.

 Setiap satu letakkan pewarna dan perasa yang digemari. Cth: kaler oren, perisa oren.Kalau xnak letak perasa, letak esen vanilla pun boleh aje.

5.Lengserkan loyang dengan margerin. Letak adunan sesudu demi sesudu berselang. cthnya : mula2 letak sesudu kaler oren, pastu letak sesudu kaler coklat diatas kaler oren tadi, lapis mcm tu je.

6.bakar pada suhu 170 darjah selama 30-40 minit. pepandai le tgk kek tu dh masak blm...cucuk kalau x melekat tu masak lerr

selamat mencuba dan merasa. buat kek ni kejap je..simple dan sedap..




✿ Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang ✿

No comments:

SEGALA ENTRY DI ATAS DI PUNYE,KALU NAK AMBIK JE =)