✿ That was the night they promised to be together through everything, each to care for the other when old and gray. A lovers' pact the most likely to last ✿

Monday, July 30, 2012

✿ Ramadhan ✿




 Alhamdulillah..,rasanya sempat lagi tuan tanah nak wish 'SALAM RAMADHAN' buat semua umat islam di dunia especially buat umat islam di Malaysia...(sambil kenyit2 mata buat-buat cute =p)
Tahun ni adalah permulaan puasa yang lain daripada biasa..Antara list lain daripada biasa adalah;
*status
* situasi
*peratus kegembiraan menyambut Ramadhan

1. STATUS
~ Ramadhan kali ini SAH bergelar seorang isteri.Kalau dah jadi isteri tu,kompem lah kita kena masak dan buat kerja rumah.Berbeza masa single.Kadang-kadang tahap malas,semua kerja rumah mak buat.Kali ni,tak leh ponteng dah..=p 
kalu malas,rumah bersepah cam sarang tikus..kalu rajin ala-ala bibik gitu semua tangga kat pejabat kastam di mop..hakhak ~

2. SITUASI
~ Kali ni berbuka 2 orang ajer..kalau dulu peha ayam di sambar dulu oleh adek siap cakap lagi,"cop!! alif,lam-lam,ha..Allah..xhalal kalu sape2 ambik paha ni taw"..(aku peduli hape dgn 'cop-cop' hengkau tu)..rindu saat itu.
Sekarang tak der sapa yg nak main 'cop-cop' depan rezeki.tapi bagus jugak,selalu je dapat peha.huhu.
Suami die syok sendiri cop dada ayam.
banyak isi xbest!kadang-kadang buat jugak cop-cop nak bahagian itu ini.
saje nak meriahkan keadaan..hakhak

3. PERATUS KEGEMBIRAAN RAMADHAN 
~kali ni..,agak sedih lah sambut puasa..hanya berdua..tapi bila dah balik kG,hamboii semah bukan main hepi semacam request kat mak macam-macam lauk..
barulah sekarang merasai nikmat 'balik kampung'..!
dulu selalu jer dengar orang cakap,"yeaaa balik kg..kau aderr??"
eh..,eh..berlagak..hakhak.
bila dah kembali balik kt KL,hanya Allah yg tahu..
beratnya kaki ku melangkah...=D

..............................................................................

;;SAYANG DIA;;
;;RINDU DIA;;
~selamanya~ =)



✿ Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang ✿

✿ Doa Seorang Isteri ✿





Ya Allah..

Kau ampunilah dosaku yang telah ku lakukan,

Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas,
Kau berikanlah aku kekuatan mental,
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan,
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista,
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran-Mu,
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan..



Ya Allah..
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di arash,

Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya,

Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titian-Mu,
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya,
Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di jannah-Mu,
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya,
Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di dunia-Mu,
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya,
Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu,
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya..



Tetapi Ya Allah..
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang,

Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan-Mu,

Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan dunia-Mu,
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya,
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan,
Kurniakanlah aku kekuatan-Mu untuk aku memperbetulkan keadaannya,
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan,
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena..



Ya Allah..

Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku,

Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku,
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai,
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri,
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat-Mu,
Sekiranya aku ingkar dan derhaka,
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat-Mu..



Ya Allah..

Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu,

Aku buta tanpa bimbingan Mu,
Aku cacat tanpa hidayah Mu,
Aku hina tanpa Rahmat Mu..



Ya Allah..

Kuatkan hati dan semangatku,

Tabahkan aku menghadapi segala cubaan-Mu,
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami,
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu,
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah..



Hanya pada Mu, Ya Allah..

Ku pohon segala harapan,

Kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu,
Kerana aku sedar hinanya aku,
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru,
Kerana aku leka dengan keindahan dunia-Mu,
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran-Mu,
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian-Mu..



Ya Allah Tuhanku..

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,

Isteri yang dikasihi,
Isteri yang solehah,
Isteri yang sentiasa dihati suamiku..



Amin, Ya Rabbi Allamin.. :)


✿ Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang ✿

Wednesday, May 30, 2012

BERSYUKUR


Cincin tanda ikatan pernikahan kami..

Diam tak diam,sudah hampir seminggu bergelar seorang isteri kpd seorg suami yg begitu PENYAYANG dan sgt BERTANGGUNGJAWAB..!
*sayang giler2*

Ada yang ckp,perkahwinan itu suatu tanggungjawab yg besar dan susah..
tapi salah sama sekali,perkahwinan memang suatu kewajiban kpd umat islam dan bukan sesuatu yg susah!

yang perlu kita tahu,jalankan kewajiban kita sbg isteri/suami dan saling memahami... =D
restu ibubapa amat PENTING!!

sO..,Sesiapa yg ragu2 dlm perkahwinan,positifkan minda anda!
yang dh jd tunang org tu...,jaga tingkah laku masa di alam pertunagan..
jgn cepat menilai sesuatu yg remeh temeh..manusia tak der yg sempurna..
jd jgn lah sikit je persalafahaman berlaku,terus nk PUTUS~!
sampai bile pon xsabar ngn pasangan selame itulah membujang!!

PERKAHWINAN ITU SATU IBADAH tau!!
Alhamdulillah dan bersyukur kerana jodohku adalah yg terbaik utk ku!!!! ='(


✿ Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang ✿

Tuesday, May 29, 2012

Dah Jadi Wife Orang!!


lama betul tak update belog nie semnjak sebk uruskan hal perkahwinan dan kenduri..
sekarang masa untk berehat..kini tunggu masa kenduri di belah pihak lelaki 3hb/06/2012 di Puchong Kinrara..
sape2blogger yang berdekatan dengan tempat tersebut,di alu-alukan..jgn segan silu.
Nanti boleh kite ber'ukhwah fillah..=)
Bosan betul duk rumah sorang-sorang.Husband dah g kerja..
Minggu lepas lepas akad nikah dan kenduri kat belah pihak pompuan,kiteorg g bercti kt Sabah.
Nak ckp 'honeymoon' tu boley la...coz kiteorg g sekali ngn family..
Ni antara pic yg di snap..
Dinie cadangkan kal dah g Sabah,pergi ajer ke semua tempat yg menarik yg ada kt sabah.
Kan kite org semenanjung,alang2 datang ke Sabah,round semua la..










Hepi sgt..Alhamdulillah.......thanz my LOVELY HUSBAND!!!
p/s : engkau cinta PERTAMA & TERAKHIR ku..,dan cintaku yg AGUNG HANYA UTK ALLAH!!


✿ Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang ✿

Friday, May 11, 2012

7 HARI LAGI!!!!!


Salam..tetiba angin barat daya dtg menerpa kt blog..
rajin plak tuan blog ni menaip entry...
tittle entry bkn main kn...
nak ckp nerbessss pon xjgk....

knp??
BAKAL JADIK BINI OWANG maa~~...
perangai bebudak lagi....ish2....
Jemput lah semua yg nk hadirkan diri...=D

19HB MEI 2012....tarikah keramat.....
moga semua berjalan dgn lancar....
amin.


✿ Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang ✿

SEGALA ENTRY DI ATAS DI PUNYE,KALU NAK AMBIK JE =)