Seringkali kita mendengar ucapan ‘Selamat pengantin baru’, ‘Semoga kekal sepanjang hayat’ dan‘Semoga bahagia ke anak cucu’. Ini adalah ucapan dan doa yang telah menjadi ikutan dan adat dalam masyarakat kita. Mungkin tidak ada apa-apa perkara yang salah yang kita perasan tentang hal ini. Tetapi sebenarnya terdapat banyak perkara yang bertentangan dengan ajaran Rasulullah.
Mari kita kembali kepada sejarah di zaman baginda,
Di dalam sebuah hadith, telah diriwayatkan bahawa Aqil Ibnu Ali Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham. Lalu orang ramai datang dan berkata,“Semoga berbahagia dan ramai anak.”Mendengar yang demikian Aqil berkata,“Janganlah kamu mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian.”Mereka lalu bertanya,“Jika demikian, apakah yang patut kami katakan wahai Abu Yazid?”Aqil menjawab,(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu). Begitulah yang diperintahkan kepada kita”.[1]Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari, diceritakan Rasullulah s.a.w. ternampak kesan Sufrah (sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman Bin Auf r.a. lalu beliau bertanya,“Apakah ini?”Abdul Rahman r.a. menjawab,“Saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma.”Rasulullah s.a.w. bersabda,(semoga kamu diberkati). Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash”[2]Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata,(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.)”[3]Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan“Semoga berbahagia dan banyak anak.”[4]
1 comment:
wah terima kasih berkongsi ilmu :)
Post a Comment