✿ That was the night they promised to be together through everything, each to care for the other when old and gray. A lovers' pact the most likely to last ✿

Friday, January 18, 2013

PART II : Majlis Konvokesyen di MMU,Cyberjaya =)


continue...
.
.
.
.
Kini...,masing-masing membawa haluan..Apa yang perlu disemai ialah 'tanda' persahabatan kami.
Kamu tahu?Aku tidak meminta lebih daripada sebuah ikatan persahabatan..tetapi aku harap ia terjalin sampai akhir hayat.Aku tahu,aku banyak kekurangan,tapi bagi peluang kepada aku untuk jadi insan yang paling baik untuk hidup kamu wahai sahabat! =')

Selama ini aku mencari sahabat yang faham aku..beri nasihat..aku ingat aku tak akan jumpa lagi...
tetapi di MMCE,Trg kita bertemu...MASIH INGAT TAK?
Mula-mula masing-masing tidak kenal....mu dua orang kawan dengan orang lain...aku pun sama..
Bila kawan yang kita pilih tu dah tak 'sejiwa' dengan kita..,Allah temukan pula kita bertiga..
Mula-mula kita segan...bila nak buat sesuatu rasa macam tak kena..bila lama-lama,kita berkongsi minat yang sama...

Minat?ya!kita kongsi bersama..
Hanani hobi dia tak lain tak bukan K-POP...tapi mu bagus nani!mu tak abaikan pelajaran dan solat..mu selalu ajak aku ulangkaji bersama..pastu satu hal yang aku ingat sampai sekarang,mu selalu SOLAT DIAWAL WAKTU..aku jadi terikut-ikut...tq~!!!
Lepas tu,mu jaga pakaian mu.Aku terikut-ikut..tapi aku masih belum se-sempurna mu.Akan akan cuba,cuba dan cuba untuk jadi macam mu...Dulu,aku pon terikut-ikut mu layan K-POP..ingat lagi,kita layan movie korea yang jiwang tu atas katil bersama-sama!kalau lah boleh masa tu kita putar kembali.tapi,aku dah rakam situasi tu dalam hati aku..insyaAllah tak akan luput =)

Syida..
mula-mula aku segan nak berkawan dengan mu..dulu dalam kelas mu bersendirian..mu selalu duduk di meja paling belakang dalam kelas..aku selalu tengok mu..dalam hati aku cakap mu sombong.susah nak bergaul dengan mu dan mu lansung tak bercakap!tapi petang tu..,aku ingat lagi.Nani ajak mu datang ke bilik aku.Bilik 4A..masa tu lah semua berubah...kita jadi mesra...mula berputik persahabatan kita pada Ramadhan 2011.MASIH INGAT TAK?
kita beli barang masak untuk berbuka sama-sama di pasar...naik kereta sama-sama.dalam kereta tu banyak benda kita buat bersama..semua 'gila-gila'...minat mu suka jejaka kacak bergaya..aku terikut-ikut minat mu,tapi sayang..masa tu aku dah 'dirisik'..jadi tak der peluang nak menggatal..hehe...tapi semua tu kita hanya bergurau senda..mu bagus..kalau aku nasihat walaupun nasihat dan marah aku sangat pedih,mu tak pernah memberontak..aku TAK PERNAH tengok mu terasa hati dengan nani dan aku..aku pun pelik..mu ni ade perasaan ke tak?! =)

Tapi...semua tu belum berakhir...SATU je mu MUNGKIR janji dengan aku dengan nani!
Mu tak hadir Majlis Konvokesyen bersama-sama kami!!sedih.........
Masa bergambar aku harap mu ade sebelah aku.....tapi........hampa!



syida...,cuba mu bayangkan mu ade sebelah aku ataupun sebelah nani.....sungguh perfect bukan gambar ni?!

tapi..,aku bersyukur...,kita akhirnye mengakhiri zaman 'diploma' kita pada usia 21tahun. =)
dan segala kenangan kita..,tidak akan terpadam..

Ini antara gambar konvokesyen kami ;

 Menerima watikah Diploma atas pentas yang serba indah =) saat itu,sungguh berdebar..tapi alangkah seronok mu pun turut sama dengan aku...='(
Ok...dah la..aku tak sedih dah.aku maafkan mu =D heeee..

orang yang paling penting dalam hidupku sebagai anak dan pelajar..
dari kiri ; ayah mertua...,aku..ayah..,mak..dan tengah yang kecik molek tu my little sister..fatin..
Terima Kasih mak ayah kerana memberi sepenuh kasih sayang kepadaku..
ayah bekerja penat lelah untuk menyara kehidupanku dengan penuh kesempurnaan,dan tidak pernah kurang.
Mak yang selalu susah senang bersama..mengajarku erti kehidupan...
fatin yang selalu menceriakan suasanaku dengan kecomelan dan kemanjaannye..
ayah mertua ku yang sudi menerima ku sebagai menantu paling muda dalam keluarganya..dan sudi datang menyaksikan ku mendapat segulung 'diploma'..

dan.......teristimewa buat.........


suami ku...yang sudi datang...
dalam alhamdulillah,kita dah jadi suami isteri..
seperti tidak kita rancang,ku menerima diploma saat digelar isteri kepada mu..=)
syukur..alhamdulillah!
tapi sayangku,please lain kali jangan tunjuk sangat muka excited sampai senyum macam tu sekali..
leborrr sekali..harhar..


dan berbanyak tahniah buat sahabatku,Hanani mendapat Anugerah Ilmu dengan gred puratanya tak silap 3.60 above.sorry dah lupa berape..hehe

piala dan frame tu yang nani punye..
yang aku cuma bunga dan semua orang ade benda purple tu..jadi tak leh nak lain sangat..=P

Dan turut tidak ketinggalan..
.
.
.
bakal pelajar terbaik.....suatu hari nanti..Nanti banggakan mak ayah tau sayang!!

Alhamdulillah..,selesai dengan jayanya....=)
wassalam..



✿ Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang ✿

PART 1: Majlis Konvokesyen di MMU,Cyberjaya =)


10 Oktober 2012
MMU,Cyberjaya.
Majlis Penerima Diploma in Marketing With Multimedia


Setelah 2 tahun setengah berada di MMCE..,segala perjalanan bergelar mahasiswa diploma telah pun selesai.Pelbagai detik indah bersama sahabat dan para pensyarah yang mengajar.
Special to mak dan ayah.Terima Kasih semua. =)

Permulaan perjalanan sangat perit,namun dapat menyesuaikan diri dengan jayanya,Alhamdulillah.Di sini juga detik pertemuan sahabat yang sejati selama ini ku tercari-cari..cewahh~!!Tidur,makan,mandi,ulangkaji pelajaran,sukaduka bersama..inilah yang di namakan sahabat dunia akhirat.

gambar special edition...hanya inilah satu-satunya gambar yang ada kami bertiga.
biasanya hanya berdua..yang sorang lagi tangkap gambor.
kali ni,entah bagaimana boleh bergambar bertiga.huhu.
dari kanan : Dinie,Hanani,Syida
- i Love you-
Gambar ini akan jadi kenangan sampai bila-bila!

Hanani a.k.a nani terliur sampai ternganga..
Asam Laksa di Rasamas dah jadi peberet  kami bertiga dikala semua berkumpul..
wajib pergi makan!!Best!!
Waktu ni dinie bujang lagi..tengah Li kat TM lagi dengan nani..=)

This is Syida..(kiri) & Dinie.
Seorang yang selalu caring,penyayang,bertolak ansur dan kadang-kadang crazy.
Ni tahun 2011..auww kurus lagi masing-masing..
sekarang bapak gedabakk..!!
nak-nak yang tudung putih yang dah kahwin tu....!hehe

For Both Of U...
" Aku nak mu dua orang tahu,yang aku sayang giler kat mu semua..sebab..,tiada sebab..
biar Allah yang tahu..Ukhwah kita InsyaAllah akan kekal sampai akhir hayat..nanti kalau
dah semua ada anak,aku nak kita citer kisah silam kita bertiga..Mungkin perkenalan kita
singkat,hanya bermula 2tahun lepas..tapi,bagi aku macam dah lama..pelbagai isah kita kongsi bersama.
Aku selalu termenung (sebelum jumpa mu 2 org)..,adakah aku akan ada sahabat sejati??
rupanya Allah maha adil.Pertemuan kita tanpa dirancang,tetapi Allah yang aturkan..=')
Aku harap sangat kalau aku ada terkasar bahasa,gurau tak bertempat,aku mintak maaf banyak-banyak."

= Sahabat Yang Baik Ibarat Mentari Yang Menyinar =
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Bermulalah kisah pembawakan diri masing-masing....
.
.
..
.
..
.
.
..
to be continue..
tak larat dah nak taip 
i'm not a 'tegar' blogger..=)



✿ Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang ✿

SEGALA ENTRY DI ATAS DI PUNYE,KALU NAK AMBIK JE =)