✿ That was the night they promised to be together through everything, each to care for the other when old and gray. A lovers' pact the most likely to last ✿

Thursday, December 29, 2011

Menangis Lagi!



hebat penangan cerita ombak rindu nie..kaw2 je..
ramai yang tulis wall status kt fesbuukk ex: "ngah layan ombak rindu"
mase form bape ntah bace novel OMBAK RINDU nie...
dekat 6x khatam!!! (kan bagus khatam Quran lebih 6x)..
heeehee..
dah cukup..
tp gua ckp kat lu...,hahaha citer nie mmg superbbb!!
menangiss weh layan..layan dalam bilik sorang2..
tips nk hayati..,jgn MAIN HP mase tgok citer nie..
off trus pon xhapeerrr..


mase bace novel ni pon dah nges..apatah lagi MOVIE!
merabak air mata!
tp yang paling sedih giler2...,mase Haris cakap..,"Izinkan abang jadi perlindung Izah buat selamanya"..

dah jgn taip pnjg2..,korang xcaye..korang layan jer...!ok.ok.ok

psstt!Lisa Surihani cam xsesuai jadi watak tu kan..tp time die mengamuk..bergegar Cameron Highland.wahah


✿ Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang ✿

Wednesday, December 28, 2011

1 IMPIAN!






kadang2..,apa yang kita harapkan mungkin akan jadi kenyataan dan mungkin tidak.
setiap manusia ada angan-angan...tp ada kala nya angan-angan perlu di realisasikan agar harapan tidak berkecai.
apabila angan-angan di salah erti pula masyarakat akan memperli..
contoh:"angan2 mat jenin btol!"..."haiii..,nk jd puteri gunung ledang ke puteri bukit bauk??"
masyarakat camni barangkali suka memperlihatkan 'kebodohan' mereka!!!
ini pandangan dan bukan sesuatu FAKTA.
pandangan juga boleh di erti kan dengan FAKTA...tp perlu di susuli dengan bukti..


beratkan pembacaan entry kat atas?
haa..,cuba anda test setakat mane anda mampu menulis entry,eh menaip entry sebegitu serius!
why so seriouss??=p
pembacaan blogger terutamanya 20-25thn untuk para wanita terutamanya bergantung pada emosi dan mood mereka...
jadi..,xsalahlah kalu antry ni pon starting entry cam seriuss..
saya bukan hasilkan blog untuk 'WAJIB' setisp org bace..tidak!
tp why not kita luangkan masa untuk bace setiap blog para blogger..
kan?


ada yang buat blog utk PEMES!
tu tak salah..yang salah jika entry tu akan menjatuhkan maruah org lain..tu salah.
yaa..,semua org tau..tp xsemua dpat halang diri mereka melakukan sedemikian..=) 

✿ Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang ✿

Perkahwinan Yang Berkat Lebih Baik dari Kekal Sepanjang Hayat


Seringkali kita mendengar ucapan ‘Selamat pengantin baru’, ‘Semoga kekal sepanjang hayat’ dan‘Semoga bahagia ke anak cucu’. Ini adalah ucapan dan doa yang telah menjadi ikutan dan adat dalam masyarakat kita. Mungkin tidak ada apa-apa perkara yang salah yang kita perasan tentang hal ini. Tetapi sebenarnya terdapat banyak perkara yang bertentangan dengan ajaran Rasulullah.
Mari kita kembali kepada sejarah di zaman baginda,
Di dalam sebuah hadith, telah diriwayatkan bahawa Aqil Ibnu Ali Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham. Lalu orang ramai datang dan berkata,
“Semoga berbahagia dan ramai anak.”
Mendengar yang demikian Aqil berkata,
“Janganlah kamu mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian.”
Mereka lalu bertanya,
“Jika demikian, apakah yang patut kami katakan wahai Abu Yazid?”
Aqil menjawab,
barakah2.jpg
(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu). Begitulah yang diperintahkan kepada kita”.[1]
Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari, diceritakan Rasullulah s.a.w. ternampak kesan Sufrah (sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman Bin Auf r.a. lalu beliau bertanya,
“Apakah ini?”
Abdul Rahman r.a. menjawab,
“Saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma.”
Rasulullah s.a.w. bersabda,
barakah1.jpg
(semoga kamu diberkati). Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash”[2]
Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata,
barakah3.jpg
(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.)”[3]
Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan
“Semoga berbahagia dan banyak anak.”[4]


✿ Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang ✿

Semua Yang Tutup Aurat Masuk Syurga Ke?


Sebelum ini saya terbaca soal jawab antara wanita bertudung dengan yang tidak bertudung dalam bentuk teks. Kali ini ada orang kreatif telah mengubah soal jawab itu menjadi sebuah perbincangan hangat menerusi Facebook. Tertarik dengan jawapan dan cara penyampaian yang diberikan, saya postkan kembali soal jawab tersebut di blog ini.sekian..renungan bersama.

✿ Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang ✿

Tuesday, December 27, 2011

THANK YOU AWAK!



first,i would like to THANK to ALLAH for all things who make me very,very,very,very HAPPY!

I don't want to write here but enough to me remember all my Mr.Fiance do for make me always happy ever and ever.
I always think,i'm not perfect to him...memang manusia semua tak sempurna macam yang kita harapkan..
saya akan cuba jadi yang TERBAEKKKK macam yang setiap bakal suami harapkan daripada bakal bini.kn?

so for my mr.fiance..,i hope awak sehat dan cepat sembuh.
makan ubat yang saya bagi tu okay!=D
nanti datang cini saya belanje awak.
kita g berkelah okey..saya dah cakap kat mak plan nk berkelah..,nanti family awak datang Trg..,kita g picnik kat tempat yang awak suka...Insyaallah..awak suka pantai kan?

ubat selsema tu 1biji 1x sehari.bukan 2biji.
makan malam je.sbb ubt tu kesan ngntuk!
remember this!

LOVE U ALWAYS.!TAKE CARE!

"last pic random yang saya snap mase awak sebuk uruskan pas masuk"
en.tunang kt LCCT..berusaha dapatkan pas masuk.
mase ni pukul 4pagi.terpakse bertolak awal coz naik AirAsia.
Flight FireFly mahal.terpakse booking AirAsia je.
seat plak de kesilapan teknikal.

::terima kasih atas segalanya!!!::


✿ Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang ✿

Wednesday, December 7, 2011

BUKAN FANTASI TAPI REALITI!


Antara realiti yang terpancar kini!
tak payah berdiskusi...pikir dan renungkan adalah ini cuma kata-kata atau fakta!
All result in your hand!





✿ Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang ✿

Kata USTAZ AZHAR KPD WANITA!



P/s : buat tindakan sekarang kpd wanita di sana yang belum menutup AURAT!


✿ Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang ✿

Tuesday, December 6, 2011

Pesbuk kita ATTITUDE kita!


salam.
selamat pagi untuk semua.





sering kali kita 'updated' status fesbuk kite.
macam-macam kita taip...terutama yang luah 'perasaan' ni...
bukan tak bole...boleh...but,something yang we write in status secara tak langsung mencerminkan peribadi kita.right?

selalu remaja yang suka bertengkar.
akan 'updated' status hina orang tu,mencarut,menjatuhkan maruah...
kita jugak mem 'promosikan' perangai kita.

Jadi tak usahlah suka sangat nk 'updated' status cmtu...
"STATUS KITA MENCERMINKAN SIFAT KITA"
Orang lain yang nak buat biarkan..
so sapa2 yang rasa diri dia bukan orang yang 'seperti' itu..,elakkan lah..
nak mare pon ada had nya.jgn sampai tonjolkan 'aib' kita sendiri..


sape yg rugi????
KITA jugakk!!


ni ha nk ckp,status dinie pagi ni kat pesbuukkk


bagi pendapat korang jugak.
kalu nak bantah,bantah cepat2..xkene saman..jgn takut =)


-END-


✿ Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang ✿

ENTRY NI XDE TAJUK =P


SALAM.
bace entry ni dgn nada malas k.anda akn dpt effect nye.
yang menaip pon sama malas.


tadi baru je beli tiket ke Puchong Prima..
harga tiket dah naik...
aritu g sana naik flight.harga flight melambung tinggi skrg.
pastu gatal nak naik bus.wahah.
lame tak naik bus.
dah siap beli UBAT FENIN-means:tahan muntah.hak3

okeh,
kene bangun awal jumaat ni.
tikel pukul 9.30pg.bus Transnational.
tingkat atas..(bus 2 tingkt) xpnh2 naik.



Ingt nk pegi sana sendirik aje.
tp en.tunang baik hati..,dia nk datang ambik dan hantar sekali.
waaa...tQ =)

Seharian berjalan shoping ngn mak.
siap ajak mak lepax!sporting abis.
pastu belanje mak makan kT Ayamas Roaster at Giant k.Trg....but....
ting...tonggg....!
xcukup duit belanje mak..terpakse hutang rm15 ngn mak.
ahahah
mak ckp bkn belanje ni kire hurang balik nih..=p
lalalala.tahun dpn saya bayar ye mak! (kalu ingt)kah3



mak xsedar kena 'snap'.....
mak lapar sgt nih..air je baru sampai.





adek bongsu plak bt hal xnak balik nak main..
org lain naik papan gelongsor die nk naik jgk.
bile dh naik...tkut plak nk lepas tgn tu..ish3

penat2 balik umah terus tido...
tp xpuas hati makan tadi xder menu yg nak.."ASAM LAKSA"
just order menu : Mee Bandung.mak plak Mee kari...but xsedap maa!!!
aiyak.
xpuas ati.apekan daya.
makanan xsedap,hutang plak yg timbul =p


p/s: xsabar nk join kursus kawen.ntah ape yg diorg bincgkan nanti.kene study dulu tentg semua ni before melangkah ke kursus.nanti kan diorg tanye doa2..,haa...,ternganga xleh jwb! =.='


-END-



✿ Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang ✿

Monday, December 5, 2011

HANTARAN PERTUNANGAN


Bismillahirahmanirrahim..
3x entry dalam 1 malam..cukup rajin nie.
tak ada kerja nak buat bukak internet bace info yang ade kan?
maklum saja lah dah habis Dip just tunggu kerja sambilan..

berbalik kepada tajuk entry tuh..
haa..,yg masih belum bertunang @ dah plan utk ke arah itu insyaallah mulai sekarang bolehlah start utk cari barang2 hantaran yang sesuai...
tapi kenalah mengikut bajet yang korang ade..
janganlah nanti berhutang.juz ikut kemampuan yer jgn plak ter 'over' =)

mengikut adat (xikut xpe,xdose pon),hantaran bagi pihak lelaki 5 dulang dibalas dengan pihak perempuan 7.Begitulah selebihnya.
Kalau kat Terengganu,biasanya tak ikut sangat adat.cuma atas perbincangan kedua belah pihak lah.lagi senang kan?
okeh.

kat sini dinie nak bagi beberapa panduan..
yang dinie buat masa majlis tunang dinie dulu.
masa tu kelam kabut tak tau nk bagi apa..
jadi tak nak lah korang jd cmtu ek...hehe


Antara barang kedua-dua belah pihak buat : (dinie & encik tunang)



Pihak LELAKI-(encik tunang kasik)

1. Cincin (semestinya)
2. Tepak sireh
3. Kain Pasang & Tudung (nanti boleh buat baju akad nikah)
4. Sejadah
5. Telekung Sembahyang
6. Kek 
7. Tuala (nk lagi cantek pilih towel yang de corak sulam kt tepi)


Pihak PEREMPUAN- (dinie kasik)

1. Sireh Junjung (dinie bt sireh junjung campur ngn bunga)
2. Coklat
3. Kek
4. Buah-buahan
5. Kain pasang (buat baju akad nikah)
6. Tuala
7. Popuri
8. Sejadah + Tasbih (gabung sekali)
9. Songkok + Kain Pelikat (gabung sekali)




 Antara hantaran Dinie & Encik Tunang :


====> HANTARAN DINIE UNTUK PIHAK LELAKI

cokelat cudbury

sejadah + tasbih

tuala

buah-buahan

sireh junjung-mak & ayah buat!

popuri-last minit buat pagi tuh!hasil kerja makcik!

kain pasang

songkok + kain pelikat

kek tempah dari secret recepi



====> HANTARAN PIHAK LELAKI UNTUK DINIE


SEJADAH

TELEKUNG SEMBAHYANG

BEKAS CINCIN -cincin xde ahaha.xsabar2 nk pkai =p


TEPAK SIREH


KAIN PASANG


KEK SECRET RECEPI
.
.
.
.
..
.
.
.

..
.
opssss.!

**tutup muka coz 'tabaruj' bakal suami xkasik letak. =D**



-END-



✿ Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang ✿

6 SYARAT MENGUMPAT!


====> Dinie petik artikal ni dari WANWMA
Sebagaiamana kita sama maklum bahawa hukum mengumpat adalah haram. Mengumpat ialah menceritakan tentang aib atau keburukan seseorang yang apabila orang tersebut mendengarnya maka ia akan marah dan benci.
Dari Aisyah RA, katanya: Hindon Binti Ubah, isteri Abu Soyan masuk menemui Rasulullah SAW.lalu bertanya: Ya Rasulallah, sesungguhnya Abu Sofyan adalah lelaki yang sanqat kedekut (bakhil), dia tidak memberi nafkah yang cukup untukku dan untuk anak-anakku, kecuali jika aku ambil saja hartanya (duitnya) tanpa pengetahuannya. Adakah aku berdosa kerana berbuat demikian? Maka jawab baginda Rasul SAW.: Ambillah hartanya (duitnya) itu dengan baik yang boleh mencukupi keperluanmu dan keperluan anak anakmu.  (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)
SYARAH AL HADIS:

Para ulama mengambil banyak pengajaran dari Al Hadis di atas antaranya:
Orang yang ingin mendapat fatwa dan orang yang teraniaya dibolehkan untuk menceritakan keburukan tentang orang lain yang ada kaitannya dengan perkara yang diminta fatwa atau penganiayaan itu. Perkara ini tidak termasuk ke dalam bab larangan mengumpat (Al Ghibah). Tetapi hal ini termasuk kedalam salah satu jenis mengumpat yang dikecualikan.
Dalam hal ini Imam An Nawawy dalam kitabnya Riyadhus Salihin berkata:
Ketahuilah bahawa mengumpat adalah dibolehkan atas sebab-sebab tertentu dan mengikuti lunas-lunas syara’ (agama), jika sesuatu yang penting tidak mungkin tercapai kecuali dengannya. Mengumpat yang diperbolehkan-oleh agama itu ada enam jenis:
  1. Kes Penganiayaan.
  2. Mohon Bantuan Mencegah Kemungkaran.
  3. Minta Fatwa.
  4. Mengajak Muslimin Agar Bersikap Berhati-hati.
  5. Jika Melakukan Maksiat & Bid’ah Secara Terang-terangan.
  6. Sebagai Tanda Pengenalan.
1) KES PENGANIAYAAN.
Dibolehkan kepada orang yang dianiaya untuk mengadu kepada pihak berkuasa seperti Sultan, Qadhi atau lain-lain pihak yang mempunyai kuasa untuk memberi keinsafan dan kesedaran kepada orang yang menganiaya itu. Umpamanya: Si Polan itu telah menganiaya saya begini dan begitu.
(2) MOHON BANTUAN MENCEGAH KEMUNGKARAN.
Umpamanya seseorang berkata kepada pihak polis atau bahagian pencegah maksiat: Si Polan itu telah berbuat perkara sumbang, tolong tuan cegah perkara tersebut. Maksud orang itu ialah menjadikan pihak berkuasa sebagai orang tengah untuk mencegah kemungkaran. Tetapi jika tidak dengan maksud itu maka hukumnya adalah haram.
(3) MINTA FATWA.
Umpamanya ia berkata kepada mufti atau orang yang dipercayai boleh memberi fatwa: Ayah saya atau saudara saya atau suami saya telah menganiaya saya, adakah dia boleh berbuat demikian terhadap saya, bagaimana cara supaya saya dapat terhindar dari penganiayaannya. Perkara ini dibolehkan kerana hajat. Tetapi adalah lebih baik sekiranya dengan cara sindiran sudah tercapai tujuannya. Namun demikian menyebut nama orang yang menzalimi adalah dibolehkan sebagaimana dalam kisah Hindon diatas.
(4) MENGAJAK MUSLIMIN AGAR BERSIKAP BERHATI-HATI.
Umpamanya: Kita menyebut tentang keaiban periwayat hadis seperti si polan pendusta, tidak amanah, kurang kuat ingatannya dan lain-lain. Perkara ini dibolehkan kerana tujuan kita berbuat demikian semata mata ingin menjaga keaslian hadis Rasulullah saw. Sebab tanpa berbuat demikian maka akan terdedahlah hadis Rasul saw dengan pemalsuan. Atau paling kurang supaya orang ramai jangan sampai menyangka hadis hadis tersebut sebagai hadis yang sahih. Apalagi jika orang berkenaan sememangnya orang yang suka memalsukan hadis. Dan menyatakan keaiban orang lain ini juga boleh jika kita diminta pandangan tentang peribadi seseorang yang akan menjadi rakan kongsi perniagaan , atau menitipkan amanah , atau urusan perkahwinan , demikian juga tentang berjiran dan sebagai.
(5) JIKA MELAKUKAN MAKSIAT DAN BID’AH SECARA TERANG.
Umpamanya: Minum arak secara terang terangan atau seorang guru agama yang mengajar ajaran-ajaran sesat seperti syirik dan bid’ah atau bomoh dan dukun yang menggunakan amalan amalan syirik. Kita diperbolehkan menyebut keburukan atau keaiban orang orang berkenaan supaya muslimin yang lain dapat sentiasa waspada dan tidak terpedaya oleh mereka. Tetapi dalam hal ini kita tidak boleh menceritakan cela mereka yang lain kecuali ada sebab-sebab lain yang membolehkannya sebagaimana tersebut diatas.
(6) SEBAGAI TANDA PENGENALAN.
Andaikata seseorang dikenal dengan gelaran tertentu. Umpamanya: Mamat Pincang, Jali Sumbing, Enon Gendut dan lain-lain maka dibolehkan kita menyebut sifat-sifat tersebut tetapi dengan syarat tidak dengan nada atau tujuan menghina dan merendah rendahkan. Andaikata orang tersebut sudah dapat dikenal tanpa menggunakan gelaran-gelaran diatas maka itu adalah lebih baik.
JAUHILAH MENGUMPAT YANG SIA-SIA
Firman Allah dalam Surah Al-Hujurat Ayat-12
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
Pencerahan maksud mengumpat dari sabda Rasulullah:
“Adakah kamu tahu, apakah yang dikatakan dengan mengumpat itu?” Mereka menjawab, “Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui.” Sabda Baginda, ialah kamu menceritakan tentang saudara kamu sesuatu yang dia tidak suka. Ada sahabat yang mengatakan,”Apa pandangan tuan, kalau sekiranya apa yang saya ceritakan itu memang terdapat pada saudara saya itu?.” Sabda Baginda, “Sekiranya apa yang kamu katakan itu memang ada pada saudara kamu, bermakna kamu mengumpatnya dan jika tidak ada, bererti kamu membohonginya.”
Sahih, Hadis Riwayat Muslim.


✿ Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang ✿

Majlis Usrah


Assalamualaikum..!
waa..penatnya arini.
dari pagi hingga ke petang tolong mak.pahala besar tu...!
hari ni kat umah de Majlis Bacaan Yassin & Usrah.
(rujuk pd entri semalam kalu korang rajin membace =p)

ni antara pix yang dapat di 'snap'.
dinie xreti sgt nk mengarang dalam blog.
kalu dalam essay tu boleh la..huhu

pagi td juz sempat masak pulut kuning,rendang ayam,puding cokelat and...lupa da..hik3.


pulut kuning baru masak..waa..mmg kuning!!

mak mare susun cmni..ahha..cm sepah je keje seni haku ni.

hidangan untuk tetamu nanti...=)

sekitar 20+ orang yang hadir..bacaan surah yasin.

mendengar tazkirah yang di sampaikan oleh wakil rakyat Dun Marang,Trg

okeh tu jela.
banyak ilmu dapat arini..
benda simple je tapi banyak dh lupe.

Tajuk usrah td: KEPENTINGAN NIAT DALAM MELAKSANAKAN SESUATU KERJA & ISU SEMASA TENTANG REMAJA..


p/s :ustazah cakap td,info terkini psl remaja di Trg,setiap hari ada je anak luar nikah di lahirkan....nanti,sempena tahun baru makin ramai lah yang berjinak2 burung merpati.bulan 9,ramai lah yang bersalin..kalu bersalin dgn ikatan pernikahan alhamdulillah kalu sebaliknya??MASYAALLAH!


✿ Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang ✿

SEGALA ENTRY DI ATAS DI PUNYE,KALU NAK AMBIK JE =)